Kali ini entry saya , saya nak cerita pasal 'kaki saya beroda ,kaki awak bila lagi ?' . Okay semalam saya pergi Subang Avenue dekat subang lah kan :P Mall kat sana seperti dekat mall Axis Atrium dekat Ampang ni cuma dekat Subang Avenue tu baru buka jadi banyak kedai takda lagi . Yang saya tahu tempat main roller skating floor 4th memang sudah dibuka dan boleh dimain pada bila-bila masa #takda lah bila-bila masa ikut time dia lah kan :P
Di sini kaunter di mana orang ramai akan beratur sebelum masuk ke dalam .
sebelum masuk mesti kena bayar kan ? :P so di atas telah di maklumkan harga yang berikut . Saya telah menjadi member jadi seorang kepala RM20 tapi semalam total masuk RM107 . Awat mahal banyak en ? :P Dah tu ramai yang masuk nak main kat dalam yang ala-ala disco tuuuu .
ini merupakan member card yang mereka bagi dekat saya so after this boleh pergi ! tapi korang kalaun nak pergi pastikan bawak stoking korang yang putih lagi bersih ! kalau berbau dilarang masuk :P
tunjuk kad tu baru boleh amik kasut beroda . Korang boleh pilih sama ada roller or inline .
Sebelum main saya memastikan yang saya pilih kasut beroda yang boleh stabil kan badan saya yang lidi ni supaya saya dapat berdiri dengan stabil dan boleh imbangkan badan . I was choose roller so it was not quit diffult for playing soon .
nak letak barang dalam locker pun RM2 , cekek darah betul . Memang cekek darah kakak aku bukan aku :P
Tapi semalam memang menyakitkan hati saya dengan akak saya . nak tahu tak kitaorang mengalami masalah yang sangat dahsyat ! haha joke joke . Takda locker yang saya pilih ada masalah , dia telah telan coin sebelum benda tu berkunci . Mana tak meradang kena beli lagi coin -,-
inilah keadaan tempat untuk bermain main kaki beroda :P
is it cool ? really cool yeah !
percaya tak yang budak dalam gambar tu aku ? hahahaha .
Lastly , saya nak bagitahu yang bermain kasut roda ini merupakan satu senaman ,boleh menyihatkan tubuh badan kita lagi lagi sesiapa yang badan montel-montel terus jadi badan model haha . Tapi satu je kesan selepas kita bermain kasut roda ni ialah kaki akan menjadi lenguh-lenguh . Kesimpulannya bermain berpada-pada jangan lah main macam orang gila .
kad ini untuk setiap kali pergi kita minta cop bila kita dah cop cop sampi kat petak 'free 1 pair skating boots' tu tandanya anda rajin bermain !
Itu je untuk kali ni . Salam :)







No comments:
Post a Comment